Total Pageviews

Friday, 24 June 2011

Pecah Rumah

Alhamdulillah, Allah masih sayang kepada kami sekeluarga. Rasa bersyukur yang tidak terhingga kepadaNya dapat dirasakan dengan penuh keinsafan hendaknya. Selasa yang lepas pada tanggal 21hb Jun sehari sebelum anak pertama kami berusia genap 2 tahun telah berlaku perkara yang tidak diingini. Rumah yang kami duduki telah dimasuki pencuri. Habis grill (made from wrought iron solid material- material yg dikatakan agak kuat dan bagus) di bengkokkan  serta di rosakkan untuk masuk dari dapur rumah kami. 

Kejadian berlaku sebaik sahaja kami tiba di rumah  dari Kuala Terengganu (bermakna tiada orang di rumah ketika itu dan sang pencuri  mempunyai banyak masa untuk mencuri). Namun tidak banyak barangan yang di sepahkannya..Mungkin kerana mengejar masa. hanya sebuah bilik yang berselerak dan bersepah sini sana termasuklah  baju. Ini kerana tombol bilik yg agak ketat memungkinkan pencuri merasakan bahawa bilik tersebut berkunci dan mempunyai barangan berharga. Tombol diumpil dan keadaan bilik bersepah dengan baju yang diselongkarkan.Beberapa barangan hilang seperti Laptop Kamera DSLR dan PS2.

Trauma kami sekeluarga berpanjangan dengan kejadian tersebut. Tetapi kami yakin ia mempunyai hikmah yang besar disisi Allah. Kami yakin, Allah lagi maha mengetahui dari kami sekadar hambaNya yang hina disisNya.segala harta benda kami di dunia adalah tidak kekal dan milikNya jua. Kami bersyukur dipinjamkan hak ke atas barang tersebut biarpun seketika.

Selepas kejadian tersebut, kami redha ketentuan Illahi. Kehilangan yang berjumlah hampir RM 5k tidak mematahkan semangat kami untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa Saya sebagai ketua keluarga telah sedikit sebanyak memikirkan langkah keselamatan yang perlu diambil selepas kejadian tersebut. Disamping amalan doa serta berharap kepadaNya agar kejadian yang lepas tidak akan berulang lagi dan saya mengambil ikhtiar untuk memasang Alarm System. 

Tidak dinafikan, banyak sistem penggera yang dijual di pasaran. Namun saya perlu mencari yang sesuai dengan kondisi rumah serta keperluan saya. Sahabat saya telah memperkenalkan kepada saya tentang Amway Alarm System. Setelah demo system alarm tersebut di tunjukkan kepada saya, saya rasa teruja dengan kualiti serta kepintaran Alarm tersebut. Justeru itu, saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian untuk mengecapi keselamatan dengan lebih terjamin. 

Dengan iktiar ini, mudah-mudahan dengan izin dari Allah Dia sentiasa melindungi kita sekeluarga. InsyaAllah..Sesiapa yang berminat dengan produk ini..Sila call saya ditalian 0127840025 atau email (ibnurahim@gmail.com) kepada saya sekiranya anda mempunyai sebarang soalan.

Sekian terimakasih,
Daripada En Am Sekeluarga

No comments:

Post a Comment